Zᴀᴋɪᴀн Mσнᴅ Zᴀɪɴ
Milik Si Gadis Manis

Home Owner Buddyz

Hye Guys !
Zakiah Binti Mohd Zain
Kiaaah For Short
Batch 97
Johor Darul Takzim

Mai Sembang-Sembang



Si Cantik Manis

Template: mimin
Bascodes: Nurul AtiQah
Edited: Zakiah Zain



menyulam cinta , jangan sampai terluka =='

          

assalamualaikum dan salam sejahtera. kita sudah pun melangkah ke bulan keenam pada tahun 2011 ini. setelah melalui bermacam-macam cuti di akhir dan awal tahun, kehidupan tentunya kembali rancak dengan aktiviti dan rutin harian. tentu sahaja bagi pembaca blog yang telah ke sekolah dan kampus, kini sudah mula sibuk dengan nota-nota, assignment, aktiviti ko-kurikulum dan sebagainya. saya berdoa anda semua dapat mengatur jadual harian dengan baik supaya tidak menimbulkan tekanan nanti.




           CINTA PERTAMA. itulah topik yang yang akan dibicarakan oleh saya. kenapa memilih topik ini ?jawapannya, sudah tentu kerana ia berkait rapat dengan remaja seperti kebanyakan pembaca setia blog saya. ramai orang mula mengenal cinta atau jatuh cinta buat kali pertama ketika di usia remaja. malah, ramai remaja sekarang sudah pandai 'bermain cinta' ketika di bangku sekolah lagi. seperti kata ibu saya, "apalah yang nak dihairankan, anak-anak di zaman siber ini cepat dewasa.




          namanya sahaja cinta pertama, tentulah tiada pengalaman untuk bercinta. ada yang berjaya mengharunginya sehingga ke jenjang pelamin,tidak kurang juga ramai yang kecundang di pertengahan jalan. banyak juga pendapat mengatakan bahawa cinta pertama sukar dilupakan. ia akan tetap kekal dalam ingatan sama ada sebagai kenangan terindah dalam hidup atau pun kisah luka yang sukar untuk disembuhkan. betul ke? hanya mereka yang pernah melaluinya sahaja tahu jawapannya.




          bagaimanapun, kepada pembaca blog saya yang baru mengenal cinta, saya nasihatkan supaya berhati-hati agar tidak terluka. maklumlah, hati remaja ini biasanya 'rapuh' dan mudah terguris. jadi, janganlah terlalu leka dan terpedaya dengan perasaan cinta. paling penting, jangan sampai melanggar larangan agama hanya kerana mereka mahu membuktikan cinta. semoga kita semua berjaya menghindari godaan syaitan. amin.