Zᴀᴋɪᴀн Mσнᴅ Zᴀɪɴ
Milik Si Gadis Manis

Home Owner Buddyz

Hye Guys !
Zakiah Binti Mohd Zain
Kiaaah For Short
Batch 97
Johor Darul Takzim

Mai Sembang-Sembang



Si Cantik Manis

Template: mimin
Bascodes: Nurul AtiQah
Edited: Zakiah Zain



. hargailah sebelum ia terlepas .





Pada Suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar : "cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang ? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan ? "

Cikgu : "ok . kamu ikut apa yang saya suruh . kamu pergi ke padang . kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu . pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali . dah petik rumput yang paling cantik , bawa ke kelas "

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas , tiada sehelai rumput pun ditangannya . cikgu bertanya , kenapa tiada rumput yang dipilih ?

pelajar : " tadi masa saya berjalan , saya carilah rumput yang paling cantik . memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik , maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi . tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik . mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula , jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik. "

cikgu : "ya itulah jawapannya . maknanya apabila kita sudah jumpa dengan seseorang yang kita sayang , janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu . kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaiknya . jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku . semoga yang berlaku tidak berulang lagi . dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik . walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. "