Milik Si Gadis Manis Zakiah Binti Mohd Zain Kiaaah For Short Batch 97 Johor Darul Takzim Mai Sembang-Sembang Si Cantik Manis
| . jika aku jatuh cinta .
Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu ..
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu ..
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu ..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukalah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu ..
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah menikmati itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu ..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu ..
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku cinta hakiki dah rindu abadi hanya kepadaMu. Amin ..
doaku .. semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat .. berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran .. yang sememangnya menguji kekuatan iman .. kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang .. semoga cinta yang diberitelah ditemui .. semoga Allah meletakkan kita di bawah payung rahmat kasihNya .. InsyaAllah ..
|